Kempas (pokok)
Kempas (pokok)

Kempas (pokok)

Pokok Kempas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya Koompassia malaccensis. Pokok Kempas merupakan pokok hutan hujan tropika yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 60 meter[3]Kayu Pokok Kempas amat keras dan berat, tetapi tidak tahan lama. Bagaimanapun, selepas dirawat dengan bahan-bahan kimia, kayu ini amat sesuai untuk dijadikan bahan lantai dan ranjang landas.